Ulasan: Miss Dandelion oleh Ejart14

Februari 24, 2024

Assalamualaikum wrt wbt,
 

 

Ringkasnya, novel ni mengisahkan Amna yang diuji dengan ujian demi ujian selepas kematian ayahnya.

Apa yang paling saya suka dalam novel MD ni ialah susunan plot yang sangat tertib. Walaupun ada watak, latar masyarakat & tempat baru diperkenalkan pada penghujung cerita, ia tak terasa rambang. Malahan, ia melengkapi aspek-aspek cerita yang dah berlangsung sejak awal.

Baru baca bab 1 saja, saya dah terus jatuh cinta dengan novel ni. Kematian ayah Amna tak dirincikan, tapi kesan daripada kematian kepada keluarga Amna berjaya ditunjukkan dengan baik. Tersentuh hati saya baca, dan saya dapat rasa kepiluan Amna.

Arka watak Amna, Khairi, dan Puan Karmila, semuanya sangat memuaskan hati. Saya seronok baca perjalanan watak-watak ni mencapai arka mereka.

Amna yang belajar berdamai dengan ujian-ujian hidup.
Khairi yang belajar menjadi anak dan abang yang lebih baik.
Puan Karmila yang akhirnya terbuka minda dan lapang dada dengan kedua-dua anaknya.

Tak banyak benda yang saya kurang gemar pada novel ni. Antaranya, dialog yang kadang-kadang agak baku, ada beberapa ayat yang berstruktur pelik. dan ada masa saya rasa macam watak Amna terlalu matang untuk usia 16 tahun (walaupun ada logiknya Amna boleh berperwatakan sebegitu). 

Tema dan mesej novel ni sangat dekat dengan hati saya. Banyak inspirasi menulis saya dapat daripada cerita ni. Dan untuk itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada penulis.

Penutup kata, saya rasa novel ni patut dibaca oleh para remaja seluruh Malaysia. Banyak nilai murni dan pengajaran hidup boleh mereka serap daripada secebis kisah hidup Amna ni.

Sekian saja ulasan saya.
Terima kasih sudi baca.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook