Karya-karya Hanis Afifah

Assalamualaikum wrt wbt

Selamat datang ke halaman ini - tempat khusus saya berkongsi segala karya saya yang sudah dan sedang ditulis.


NOVEL & NOVELA

Dah siap tulis:

1. Insecure (genre: cebisan hidup, dewasa baru), novel sulung saya yang diterbitkan pada tahun 2022 bawah Reading Spirit Publication.



2. Sesal Sekuntum Mawar (genre: fiksyen remaja, islamik), tajuk asalnya ialah Teduhan Kasih Suhana. Versi awal cerita ini ialah PDF, senaskhah e-buku. Tapi, sekarang cerita ini boleh dibaca secara percuma di Wattpad.


 

3. Cempaka Hafiz (genre: cebisan hidup, cinta islamik). Ini merupakan karya pertama saya yang serius. "Serius" yang saya maksudkan di sini ialah keseriusan saya hendak menjadi seorang penulis. Cerita ni ada tiga versi. Versi terbaru yang saya tulis untuk cerita ni awalnya ada di Wattpad, tapi kemudian saya nyah terbit dan saya hantar manuskrip ini untuk Sayembara Iman 2.0.


 

4. Retribution: Mezzo (genre: debaran, misteri). Cerita yang saya tulis hasil kerjasama dengan Malmezo. Jalan cerita dah disediakan, saya cuma jadi tukang tulis. Cerita ni boleh dibaca di Wattpad.


Sedang ditulis:

1. Di Balik Tawa Naurah (genre: cebisan hidup, cinta islamik). Sasarannya manuskrip ni akan ada 60,000 p.p. Saya belum ada sasarkan mana-mana rumah penerbitan buat masa ni. Nak siapkan tulis dulu. Cerita ni dah siap tulis sampai bab 10, tapi saya terpaksa tangguh dulu sebab ada perubahan penting dan besar saya nak buat.

2. Ke Hadapan Nuaim (genre: cebisan hidup, dewasa baru). Cerita ni saya tulis untuk Wattpad. Buat masa ni saya nyahterbit dulu sebab nak buat perubahan pada jalan cerita.


 

3. Rasian Reluh Majdi (genre: debaran, seram). Cerita ini saya tulis sebab nak cuba hantar ke Mangosteen Books untuk sesi penerimaan manuskrip 2023. Setakat ni, baru dua bab yang ditulis.


CERPEN

1. Bustan Ungu Membawa Teman (genre: cebisan hidup, surealisme). Boleh dibaca di aplikasi Cereka secara percuma.

2. Sedetik di Ujana Sembuhan (genre: cebisan hidup, fantasi). Juga boleh dibaca di aplikasi Cereka secara percuma.


 

3. Rebah Didakap Aral. Cerpen ni saya hantar untuk Sayembara Mencari Sasterawan anjuran DBP WP dan Nusa Centre. Saya tak menang sayembara ni, tapi cerpen saya terpilih untuk projek antologi bawah Nusa Centre.


 

4. Usah Dibiar Salah Membarah (genre: dewasa baru, fiksyen umum). Asalnya dihantar untuk pertandingan Cerekahati anjuran Cereka, tapi tiada rezeki di situ.

5. Anak Haram Berhati Zulmat (genre: debaran, melankolik). Asalnya dihantar untuk pertandingan Cerethriller anjuran Cereka, tapi masih tiada rezeki di situ.

 

 PUISI

1. Diksi Mati di Lidah Anak (tema: keibubapaan). Puisi saya ni terpilih untuk projek puisi percuma yang dianjurkan oleh Cik Nursyafiqah Roslan. Ia telah selamat diterbitkan dalam naskhah fizikal antologi bertajuk Rangkai Kata bersama 98 puisi lain yang terpilih.


 

 

ARTIKEL

E-buku:

1. Be A Better Us (antologi cerpen & esei). Ini merupakan e-buku sulung terbitan IIUMSU. Saya salah seorang penulis yang telah menyumbangkan artikel ke dalam e-buku ini. Artikel yang saya sumbangkan bertajuk "Buat Bakal Madrasah".

 

Laman Web (Jejak Tarbiah):

Boleh terus ketik tajuk artikel kalau nak baca.

1. Gerakan yang membela hak-hak orang gemuk

2. Seni menjadi penyendiri di kampus

3. Menghadapi perasaan takut ditolak memang sukar

4. 6 teras dakwah menurut Sheikh Uthman Ibn Farooq

 

E-BUKU (BUKAN FIKSYEN)

Dah siap tulis:

1. Panduan Asas Menulis Novel Untuk Pemula


Sedang ditulis:

2. Tanda Baca & Ujaran 101 

 

 

Dan lebih banyak lagi akan menyusul nanti, insya-Allah.

 

Like us on Facebook