Assalamualaikum wrt wbt.
Minggu lepas semasa lalu depan pintu masuk Perpustakaan Darul Hikmah,
saya ternampak poster Pameran Seni para pelajar Kulliyyah of
Architectural and Environmental Design (KAED). Alang-alang
saya pun ada sedikit percikan seni dalam jiwa saya - cuma dalam bidang
penulisan, saya pun singgah tengok pameran tersebut.
Jadi, dalam catatan blog ni, saya nak hargai karya-karya seni berasaskan barang-barang terpakai tersebut dan kongsi dengan korang beberapa hasil seni pelajar KAED yang saya suka.
Kalau nak diikutkan, untuk setiap hasil seni ni, ia ada nama tersendiri. Selain tu, para pencipta karya ni semua ada tema, mesej, dan simbolik tersirat pada hasil karya mereka. Cuma saya yang tak terdaya nak kongsikan semua sekali ke sini.
Setiap kali melepasi satu hasil seni pelajar KAED ni, saya tak dapat nak halang minda dan hati saya daripada menimbulkan kekaguman. Sedikit sebanyak saya boleh faham cabaran nak menyiapkan hasil karya seni sebegini. Pasti tidak rendah kesabaran yang diperlukan, ditambah lagi dengan pelaburan tenaga dan masa.