Pameran Karya Seni Pelajar-Pelajar KAED, IIUM.

Mei 10, 2023

Assalamualaikum wrt wbt.

Minggu lepas semasa lalu depan pintu masuk Perpustakaan Darul Hikmah, saya ternampak poster Pameran Seni para pelajar Kulliyyah of Architectural and Environmental Design (KAED). Alang-alang saya pun ada sedikit percikan seni dalam jiwa saya - cuma dalam bidang penulisan, saya pun singgah tengok pameran tersebut.



Jadi, dalam catatan blog ni, saya nak hargai karya-karya seni berasaskan barang-barang terpakai tersebut dan kongsi dengan korang beberapa hasil seni pelajar KAED yang saya suka.




 



Kalau nak diikutkan, untuk setiap hasil seni ni, ia ada nama tersendiri. Selain tu, para pencipta karya ni semua ada tema, mesej, dan simbolik tersirat pada hasil karya mereka. Cuma saya yang tak terdaya nak kongsikan semua sekali ke sini.



Setiap kali melepasi satu hasil seni pelajar KAED ni, saya tak dapat nak halang minda dan hati saya daripada menimbulkan kekaguman. Sedikit sebanyak saya boleh faham cabaran nak menyiapkan hasil karya seni sebegini. Pasti tidak rendah kesabaran yang diperlukan, ditambah lagi dengan pelaburan tenaga dan masa.





 
Tema pameran ni juga buat saya termenung panjang dan tak habis berfikir - mengenangkan begitu banyak produk di pasaran negara kita yang menggunakan plastik tak kisahlah sebagai pembungkus, perkakas makan, dsb, apalah jalan penyelesaian pada masalah lambakan bahan buangan seperti plastik ni, kan?

Bila ada jalan penyelesaian pula, kos yang diperlukan untuk merealisasikan jalan penyelesaian tersebut kebanyakan masa bukanlah murah harganya.






Semoga perkongsian ni akan gerakkan hati-hati kita untuk berfikir dan cakna tentang isu alam persekitaran kita.

Terima kasih sebab sudi baca sampai sini.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook