Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah, saya kini dah ada novel sendiri! |
Sambil menulis ni, saya terasa diri saya tak ubah bagaikan ikan yang pulang ke lubuk. Mana tidaknya? Blogspot merupakan wadah pertama saya belajar dan meluangkan masa untuk menulis. Sejak usia 12 ke 13 tahun lagi, saya dah biasakan diri menulis di blog.
Pada waktu itu, saya menulis sebab nak menulis semata-mata. Saya semasa kecil dahulu seorang yang sangat penakut dan pemalu nak bercakap dengan orang. Walhal, ada begitu banyak perkara yang nak saya luahkan kepada orang. Disebabkan itu, blog menjadi wadah yang sangat berkesan untuk saya meluahkan buah fikiran.
Tak dapat bercakap dengan orang, tak apalah.
Asalkan saya boleh menulis. Kahkah.
Sebelum blog yang ini, saya dah pun ada beberapa buah blog. Berbagai fasa yang saya lalui pada usia remaja dulu dalam percubaan mencari dan membina identiti sendiri. Ada blog yang saya khaskan untuk artikel-artikel berunsur dakwah. Ada blog saya khaskan untuk perkongsian tentang K-Pop. Ada juga blog saya buat khas untuk perkongsian peribadi.
Blog yang paling saya banggakan ialah blog saya yang telah saya buat pada tahun 2017, diberi pautan hanismpabli.blogspot.com. Namun, blog tu telah saya tetapkan kepada 'Peribadi' sekarang sebab di dalam itu terlalu banyak artikel berunsur peribadi yang kini saya tak nak ia dibaca oleh orang dan majikan berpotensi saya di masa depan.
Pendek kata, saya tengah cuba nak menjenamakan semula diri sendiri dalam bidang penulisan blog ni. Di Instagram, saya kini aktif berkongsi penciptaan konten bertemakan tips dan motivasi menulis. Saya masih mencari-cari niche blog ni.
Sambil-sambil menghias, in sha Allah, saya akan usahakan untuk membina identiti blog ni supaya ia istiqamah dari segi tema penulisan.
Itu saja untuk artikel pertama blog ni. Terima kasih.
Assalamualaikum.