Tentang Hanis
Assalamualaikum wrt wbt.
Selamat datang ke blog ini. Boleh panggil saya Hanis. Saya anak jati Selangor yang dilahirkan di Shah Alam dan membesar di Klang. Belajar di SK Telok Gadong, SAR KAFAI Nurul Ain, SAM Hisamuddin Sungai Bertih, Centre for Foundation IIUM, dan sekarang masih lagi belajar di IIUM dalam Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL).
Saya merupakan seorang pencinta dan pemurni bahasa Melayu, pencinta buku, dan juga seorang penulis di bawah Terbitan Reading Spirit (RSP). Alhamdulillah, novel sulung saya yang bertajuk "insecure" telah diterbitkan di bawah RSP. Selain itu, saya juga merupakan pencipta digital di Instagram - berkongsi tentang tips dan motivasi menulis.
Buat masa ini, saya hanya ada tiga perkara yang menjadi tumpuan utama saya:
- Habiskan pengajian di IIUM.
- Habiskan menulis e-buku percuma saya, novel Wattpad saya, dan manuskrip kedua yang masih belum diberi tajuk.
- Kuasai bahasa Arab.
Setakat ini sajalah pengenalan diri saya yang nak saya kongsi. Kalau nak kenal saya dengan lebih lagi, boleh ikuti blog ni dan akaun-akaun media sosial saya.
Kemas kini 2024:
Alhamdulillah, saya berjaya habiskan pengajian LL.B di IIUM. Dah habiskan juga tulis e-buku percuma saya dan manuskrip kedua saya.
Novel Wattpad dan penguasaan bahasa Arab sahaja yang masih belum berjaya. Huhu. Selain tu, manuskrip kedua saya walaupun dah berjaya habis tulis, masih banyak kena tambah baik. Sedang diusahakan secara perlahan-lahan, insya-Allah.