Ulasan: INTROVERT oleh Abstrakim

Disember 13, 2023

Assalamualaikum wrt wbt
 

Laras bahasa

Saya tak nafikan lenggok dan laras bahasa penulis baik dan cantik, terutama pada beberapa bab awal.

Cuma penulis terlalu banyak kali guna teknik 'beritahu' dalam cerita ni sampaikan emosi saya kering semedang masa membaca. Tak sempat nak menjiwai dan menyerap dalam cerita.


Watak

Saya akui watak Farady memang ada perubahan berbanding semasa pertama kali watak ni diperkenalkan. Tapi entah kenapa, menghampiri hujung cerita, saya rasa sebahagian besar diri dan perwatakan Farady masih berada di takuk yang lama. Apapun, saya suka garapan watak Farady secara keseluruhannya.

Saya rasa kebanyakan watak dalam cerita ni bersifat tiga dimensi sebenarnya, cuma ia tak dikembangkan dengan baik. Dan kebanyakan masa, watak mereka diserlahkan dengan cara penulis 'beritahu' kepada pembaca, dan bukannya 'tunjuk'.


Plot + Konflik + Pintal alur

Sampai ke pertengahan buku, saya sebenarnya masih lagi tak pasti pada ketika itu apa arah tuju cerita ni.

Kalau bab konflik pula, ada beberapa konflik yang saya rasa mencengkam hati. Dan ada pula beberapa yang macam "Eh, tiba!" dan sedikit kekartunan semasa membaca.

Pintal alur yang bertalu-talu menghampiri penghujung cerita terlalu rawak. Tambahan pula, penulis tak ada tinggalkan bibit-bibit untuk pembaca pada bab-bab sebelum (kalau ada pun, ia tak cukup). Disebabkan tu, pintal alur yang tertulis rasa kurang menjadi pada hemah saya.


Kesimpulan

Rasa macam naik roller-coaster baca cerita ni. Tapi, cukuplah sekadar satu kali naik. 


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook