Kalah tak bermaksud kena mengalah!

November 17, 2023

Assalamualaikum wrt wbt

Mangosteeen Books | #ZonaFiksi on X: "Kisah Cerethriller Cereka X  Mangosteeen. Sayembara cerpen bertema "Gen-Z Thriller". Mulai 4 September -  18 September 2023. Hadiah utama : RM400 x 5 Cerpen. Saguhati : RM150 x 5  Cerpen. Hantar cerpen ...

Hari tu, saya sertai pertandingan menulis yang dianjurkan oleh Cereka bersama Mangosteen Books. Tema yang dipertandingkan ialah tema yang saya jarang tulis. Dalam kata lain, genre dan tema yang dipilih oleh kedua-dua penganjur bukanlah tema yang saya mahir tulis. Tapi, atas dasar nak mencabar diri, saya cuba juga tulis cerpen dengan tema tersebut.

Cerpen saya ada dalam senarai dalam gambar di bawah ni. Korang dapat teka tak mana satu tajuk cerpen saya?

Mungkin grafik teks yang berkata 'KISAH CERETHRIIKR Terima kasih kerana menyertai Pertandingan Cerpen GEN-Z THRILLER bersama Cereka & Mangosteeen. 106 Hari Senarai Cerpen Yang Dihantar Punca Binasa Abang Ada,rara Cermin Cinta Buatan Cinta Mati! rsalah? Yang Amarah Amin Mangsa AnakHaam Berhati Zulmat Anna Antik BadutPembunuh! Bagasi Bararea Dendam Dendam Maya Depresi Diam Bukan Kalah Genting Gelap Halusinasi Hello ..awak? Hilang Hilang! Hola Cantik Hujan Tak Nak Berhenti Hukuman Hyang Netra Scam Bayangan Jelmaan Misteri Kala-23 Kawan Durjana Cikgu Suzanna Bintang Malam BulanMerah Buronan Burung Duyung -hilang Ejen Niskala 202 Qaisarah garaz Gelap Gelap Kesan Klik Korban'

Tak dapat? Hehe.

Jawapannya: Anak Haram Berhati Zulmat.

Baru-baru ni, Cereka umumkan 10 orang pemenang yang terpilih dan saya bukanlah salah seorang daripada para pemenang tersebut. Tipulah kalau saya kata saya tak sedih. Sudah lumrah dan fitrah, sedih itu pasti akan hadir terutama dalam situasi sebegini - mendepani kekalahan. Kekalahan sekali lagi pula tu.

Pertandingan Cerekahati yang dianjurkan awal tahun dulu oleh Cereka pun saya kalah. Rasanya, buat masa ni kalau bab pertandingan menulis cerpen, lagi-lagi anjuran Cereka, memang belum ada rezeki saya nak menang rasanya. Huhu. Selain tu, ada juga puisi yang saya hantar untuk projek antologi tak terpilih hari tu. Tak ada rezeki juga di situ.

Kalau sebelum ni, saya rasa saya tak akan dapat memproses dan menerima kekalahan kali kedua dengan hati yang tenang macam ni. Memang ternyata penolakan yang saya dah hadapi beberapa kali pada tahun ni sahaja berjaya mentarbiah hati kecil saya ni supaya tak cepat mengalah. Alhamdulillah.

Saya terdetik nak tulis tentang ni sebab ada satu komen bawah status Cereka di Facebook mengenai pengumuman para pemenang Cerethriller yang mengusik hati. Komen oleh saudara tersebut buat saya sedih sebab macam mana reaksi pengguna FB tersebut, itu jugalah sebenarnya reaksi pertama saya. Hanya lepas saya rombak alur fikiran saya, barulah saya berjaya tenangkan hati, alhamdulillah.



Macam mana nak proses/terima kekalahan?

Pertama sekali, kita kena berlapang dada dengan hakikat yang memproses dan menerima kekalahan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan dalam kadar segera. Bergantung pada individu, pendek kata.

Untuk mereka yang ada kecenderungan dimamah rasa sedih dan mudah lemah semangat, korang kena pilih antara dua kesusahan ni:

  • Terus-terusan dihambat rasa sedih lalu mengalah; atau
  • Pujuk hati secara istiqamah dan cuba lagi.

Kedua-dua situasi susah. Pilihan pertama membawa susah hati. Pilihan kedua menyusahkan diri sebab asyik nak kena lawan hati sendiri. Tapi, cuba korang jawab dengan jujur soalan saya dengan jujur. Kesusahan mana yang akan lebih memberi manfaat kepada diri sendiri dalam jangka masa panjang?

Lepas dah berlapang dada dengan hakikat dalam cara pertama tadi, langkah kedua yang korang kena buat ialah rombak dan tukar cara korang berfikir. Jangan pandang kekalahan ni sebagai penghujung dan jalan mati untuk korang. Bila dah 'terjatuh' macam ni, pilihan yang paling layak untuk diri kita ialah bangun semula. Tergamak ke korang nak biarkan diri sendiri jatuh dan tersungkur lebih ke bawah lagi?

Ia proses yang sukar, tapi berbaloi untuk dilakukan.

Teruskan mencuba, okey?

Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing. Kalau tak di sini, pasti di tempat lain. Apa yang penting, kita teruskan usaha kita dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.

 

Penutup

Terima kasih sudi baca sampai sini. Selamat menulis dan selamat berusaha! =)


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook