Fenomena penyamar menyambar jiwa.

Julai 06, 2022

 Assalamualaikum wrt wbt.

Dipetik daripada halaman Facebook SAYA:

Fenomena Penyamar (FP) ialah seseorang yang ada perasaan penyamar selalunya lega dan bukannya bangga atas pencapaiannya. Ini boleh menyebabkan mereka terus mendesak diri tanpa menjaga kesejahteraan kendiri. Hakikatnya tidak semestinya terletak pada seseorang itu; boleh jadi ia disebabkan oleh suasana budaya. 

Seseorang yang mengalami fenomena penyamar ini seringkali membina “tembok” agar orang lain tidak dapat melihat kelemahannya. 🙅🏻‍♂️ Perkara ini secara tidak langsung mengganggu hubungan antara rakan sekerja. Selain itu, fenomena penyamar ini akan membuat seseorang itu merasakan dirinya tidak layak untuk sesuatu kedudukan sehingga menyukarkannya untuk berunding untuk gaji yang lebih baik. 💵💥

Saya juga nak petik definisi yang diterbitkan di nasacademy.com seperti di bawah:

Apabila seseorang memperoleh pencapaian terutama yang hebat, adalah perkara biasa bagi mereka untuk mula meragui pencapaian tersebut, dan mempersoalkan bagaimana mungkin mereka mampu memperoleh pencapain tersebut.

Macam yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya kini aktif sebagai pencipta kandungan digital (PKD) di Instagram; berkongsi tentang tips-tips, ilmu, dan motivasi menulis. Alhamdulillah, setakat hari ni saya dah berjaya capai jumlah pengikut IG melebihi 2000. Betul-betul saya tak sangka akan dapat capai jumlah pengikut macam ni.

Mungkin ia satu pencapaian yang tak seberapa bagi orang lain, tapi ia satu pencapaian yang besar bagi saya. Saya tak pernah terlintas yang orang akan bagi perhatian pada saya, apatah lagi nak mengikuti akaun saya. Kebiasaannya, saya lebih suka kekal halimunan dan tak diberi perhatian.

Entahlah.

Dulu saya selalu beranggapan yang orang-orang yang berkongsi dekat IG ni ialah pakar dalam hal-hal yang mereka kongsikan dan ulaskan di IG. Walaupun ini hal yang benar untuk kebanyakan PKD, ramai juga yang sama seperti saya - bukanlah seorang pakar bahkan hanyalah seorang pelajar yang suka berkongsi dan menyebarkan ilmu yang diperolehi.

Sejak saya mula aktif berkongsi dalam tiga ke empat bulan yang lepas, saya sentiasa meragui diri sendiri. Persoalan-persoalan macam yang saya senaraikan dekat bawah ni sentiasa berlegar dalam fikiran. Tak kisahlah sebelum muat naik, selepas muat naik, dan semasa merancang apa yang nak dimuat naik.

"Layak ke aku nak berkongsi tentang ni? Aku baru ada satu buku!"

"Betul ke tak apa yang aku kongsi ni? Kalau aku salah, macam mana?"

"Ramai lagi yang lebih layak nak buat perkongsian tentang ni."

Dsb,

Saya tambah cuak bila ada yang persoal dan tanya sumber rujukan saya. Walhal, saya tahu rujukan saya sahih dan bertauliah. Tapi, keraguan yang terlalu kuat buat saya rasa macam saya seorang penipu dan palatao.

Dan bila ada penulis-penulis baru yang bertanya dan minta pandangan saya pula, saya rasa macam munafik dan hipokrit. Macam saya tahu semua benda. Aduh, entahlah! Perasaan ni menyesakkan. Ia buat saya tak dapat nak rasa bangga dengan diri sendiri walaupun sedikit.

Tak salah kan kita nak berbangga dengan pencapaian sendiri?

Tapi, saya rasa tak layak nak ada perasaan sebegitu. Saya rasa saya hanyalah seorang penyamar, seorang yang berpura-pura tahu dan arif tentang ilmu penulisan. Saya perasan sendiri yang saya tahu macam mana nak menghasilkan penulisan yang baik, bagus, dan sedap dibaca.

Saya turut rasa benda yang sama bila saya tulis ulasan buku yang saya dah habis baca. FP yang saya alami ni memang menghakis keyakinan saya. Tambahan, ia melahirkan perasaan benci diri yang sangat kuat. Memang tak terkata betapa hal ni menyelubungi diri saya.

 Semoga Allah mempermudah urusan perasaan saya ni.

“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook