Semangat belajar yang kian merudum.

Julai 02, 2022

Assalamualaikum wrt wbt.

AIKOL - Programme

Saya kini tinggal hanya satu lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab untuk semester ni: Criminal Procedure Code. Salah satu mata pelajaran yang sangat saya sukai pada semester ni. Ditambah pula, pensyarah yang mengajar saya sangatlah sempoi dan selamba orangnya.

Kalau nak dibandingkan prestasi pelajaran saya semester ni dengan semester lepas, adalah sedikit peningkatan dari segi usaha. Selain tu, ketahanan dan kekuatan mental saya juga meningkat lebih sedikit berbanding apa yang terjadi pada semester lepas.

Cabaran yang saya hadapi pada semester ini lebih kurang sama sahaja dengan apa yang saya hadap semester lepas. Cuma, pada semester ni, saya dapat rasakan betapa semangat belajar saya semakin merudum. Saya juga kadang-kadang rasa terperangkap dalam kuliah pengajian saya ni.

Sejak saya tumpukan niche perkongsian IG saya kepada tips dan motivasi menulis semata-mata, prestasi akaun IG saya tu alhamdulillah konsisten dan menaik. Mungkin kalau saya istiqamah untuk tempoh setahun lagi, saya akan mampu mula menjana pendapatan dari IG.

Allah lebih Mengetahui.

Walaupun ada perasaan tertekan, ketagihan, dan kadang-adang rasa macam sindrom penyamar, saya temui kecintaan dan keghairahan dalam berkongsi dan membawa manfaat kepada para penulis yang mencari-cari tips dan motivasi dalam BM.

Dalam masa yang sama, kecintaan saya kepada bidang penulisan semakin bertambah hinggakan saya dapat membayangkan diri berada dalam kedudukan penulis-penulis senior yang saya ikuti di IG. Menulis buku, berkongsi tentang ilmu penulisan, membuat kelas, menjual buku, dsb.

Kecintaan terhadap menulis dan penciptaan kandungan yang semakin bertambah.

Keyakinan dan semangat pengajian yang semakin merudum.

Ini memenatkan. Saban hari, saya rasa nak tukar kuliah tapi demi ummi dan abi tercinta, saya gagahkan mengharungi pengajian ni walaupun semangat saya memang dah tak ada. Ditambah pula saya yang kurang cemerlang, saya rasa semakin tenggelam dalam keputusasaan. 

Moga Allah membimbing saya sepanjang perjalanan ini.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook